Gula putih menyekat sistem imun.
Didapati gula putih boleh mengurangkan hayat dan jumlah sel darah putih
yang menjadi ejen utama kepada sistem imun kita untuk menghalang
jangkitan atau kemasukan benda asing ke dalam badan. Ada yang mengatakan
gula juga membuatkan badan kita bersifat asidik yang menyebabkan kita
lebih mudah diserang bakteria dan virus. Malah, gula juga menjadi
makanan utama kepada bakteria dan fungus jika berlaku jangkitan.
Gula
putih dikategorikan sebagai makanan tinggi glisemik. Maknanya, ia
menyebabkan paras gula darah meningkat cepat dan menjejaskan paras
insulin. Maka ia dianggap makanan terlarang, terutama bagi pesakit
kencing manis, kerana ia menyukarkan kawalan paras gula darah.
Gula
juga ada kaitan rapat dengan kanser. Walaupun kebanyakan doktor tidak
mengenakan pantang larang makanan kepada pesakit kanser yang menerima
rawatan, mengawal kandungan gula dalam darah membantu meningkatkan tahap
kesihatan pesakit.Kawalan paras gula dalam darah melalui penjagaan
makanan, senaman, makanan tambahan dan ubat antara komponen penting
dalam rawatan kanser.
Mengurangkan pengambilan gula dianggap langkah penting untuk membantu
menurunkan berat badan. Masalah dihadapi kebanyakan orang ialah
mempunyai bekalan tenaga harian berlebihan daripada makanan dan minuman.
Walaupun semua orang tahu bersenam itu penting bagi membakar
(menggunakan tenaga), masih ada yang liat mengamalkannya. Tenaga yang
berlebihan, ditambah pula tenaga daripada gula dalam minuman, turut
menyumbang Justify Fullg kepada pertambahan berat badan.·
Gula
dan makanan manis adalah penyebab utama kepada kerosakan gigi seperti
kerap dialami kanak-kanak. Bakteria dalam mulut menggunakan gula ini
untuk menjadikan keadaan mulut lebih berasid bagi memecahkan lapisan
enamel (lapisan gigi paling luar). Lama kelamaan, gigi akan berlubang.
Apabila ini terjadi, banyak masalah lain menyusul, termasuk sakit gigi,
jangkitan dan kehilangan gigi.Tabiat makan yang terlalu kerap juga perlu
dihentikan. Ini kerana apabila kita makan (khususnya makanan
mengandungi karbohidrat), ia meningkatkan kemungkinan pereputan gigi
kerana air liur lebih banyak digunakan untuk menghancurkan makanan,
sedangkan air liur penting bagi meneutralkan tahap keasidan mulut.
Dalam
kajian lain mendapati, masalah kesihatan gigi boleh menjadi penyumbang
langsung kepada masalah jantung. Untuk mengelak masalah kesihatan yang
lebih serius, kurangkan pengambilan gula dalam makanan harian.
Jom bertukar kepada GULA SIHAT... Best kan kalau beli GULA leh dapat Tabung Khairat Kematian dan Tabung Kebajikan? Hubungi saya jika anda sayangkan keluarga anda...
H/p: 0194166909
Email: yanie.izwan@gmail.com
Website: https://rcc2u.com/reff/yanieizwanrich72
No comments:
Post a Comment