Saturday 16 June 2018

DAUN SIREH & GULA PETUA UNTUK BATUK

Salam semua, mama nak share petua ni. Mama kan tengah pregnant sekarang ni? Baru ni mama kena batuk sampai sakit perut2.. sebab tak tahan, mama pi la klinik amik ubat. Doktor macam biasa laa.. bagi ubat batuk, antibiotik dengan ubat selsema.

Nak dijadikan cerita, mama pi beraya rumah tok sedara mama. Toksu mama tu berleter sebab dia tak bagi mama makan ubat sebab tengah pregnant. Toksu mama bagi petua untuk legakan batuk tu yang mama sendiri tk pernah terfikir nak tanya orang-orang lama. Toksu mama suruh mama makan sireh dengan gula.. Dia suruh mama makan dua piak terus.

Alhamdulillah, pagi ni bangun tekak mama dah tak perit dan batuk pun dah teruk.. so, awak semua boleh lah cuba petua ni ye..

Mama Yanie
yanie.izwan@gmail.com

Sambutan Hari Raya

Salam semua, macam mana dengan sambutan raya? Mama sambut sederhana jaa.. dengan keadaan mama yang tak berapa nak okay ni. Mana taknya.. mama batuk... huhuhu kesian baby dalam perut mama ni..

Mama saja je nak share some of my pictures during raya. Tak banyak sangat..












Thursday 14 June 2018

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


Semoga anda bergembira bersama keluarga di hari raya ini.

Selamat hari raya,
Maaf Zahir dan Batin

Wednesday 13 June 2018

BERSUA KEMBALI

Assalamualaikum semua,

Wahhh.. lamanyaa mama tak post kat blog mama ni... sebenarnya rasa rindu nak blogging tapi keadaan yang sentiasa sibuk tak mengizinkan...

Alhamdulillah.. mama bersyukur sebab masih diberi peluang untuk bernafas sehingga ke hari ni.. anak-anak mama pun makin membesar.. dan Alhamdulillah.. mama dan abah masih dikurniakan rezeki zuriat.. mama tengah pregnant anak ke-4 dah sekarang.. dah masuk 19 minggu dah. Hmm.. jantina tu tak pasti lagi sebab hari Jumaat lepas (8 Jun 2018) Dr. Hasna di KPJ Perlis tak dapat detect jantina si kecil ni.. hihihi.. tak pa laa.. apa pun tak pa.. janji mama dengan baby ni sihat dan moga dipermudahkan segala urusan oleh Allah SWT.

Mama tak tahu pun mama pregnant. Sebab sebelum ni mama aktif bersukan.. mama join acara larian la, mama join program fitness la, mama join zumba laa.. strong zumba pulak tu.. sampai satu ketika tu badan mama jadi lemah. Mama pegi klinik Chenang tapi doktor cuma bagi vitamin untuk boost balik tenaga mama. Rupanya tak berkesan sebab seminggu selepas tu mama jadi lemah balik.. kat ofis pulak tu. So abah suruh mama terus pegi klinik semula buat checkup. Rupanya Dr. Reza di Klinik Chenang tu sahkan mama dah hamil.. 10 minggu dah masa tu. Subhanallah.. terkejut la mama sebab mama memang tak rasa apa-apa yang pelik. Tapi mama hairan sebab abah asyik muntah dan pening. Mama ingat abah tersilap makan.. huhuhu.. rupanya tu petanda mama dah berbadan dua. Syukur lah Allah pelihara baby.

So, due date mama 8 November 2018 ni. Moga dipermudahkan segala urusan..



Mama Yanie 
yanie.izwan@gmail.com

Banyakkan Susu Badan Dengan ‘Power Pumping’. Ini Caranya Ibu Mesti Tahu

“Minggu depan dah nak masuk kerja, belum buat stok susu anak lagi. Dah macam-macam milkbooster aku telan tapi setiap kali pam d...