Thursday 27 November 2014

Gula Itu Madu atau Racun?

Assalamualaikum, untuk entri saya kali ni saya nak berkongsi mengenai GULA.


Ramai yang keliru di antara gula dan 'glukosa'. Ramai yang menyangka bahawa gula dan glukosa adalah benda yang sama. Gula mengandungi glukosa dan fruktosa tanpa zat-zat vitamin dan mineral yang lain. Sel-sel tubuh manusia menggunakan glukosa sebagai sumber tenaga untuk semua fungsi metabolisma. Sumber utama glukosa badan adalah dari makanan yang kita makan. Bukan hanya gula sahaja membekalkan tenaga atau glukosa kepada sel-sel tubuh manusia. Semua jenis makanan berkarbohidrat seperti nasi, roti, buah-buahan, kek, tepung, ubi, keledek dan sebagainya juga akan dihadamkan dan diserap oleh usus kita sebagai glukosa yangasas dalam pemakanan seharian kita. Manusia boleh hidup tanpa gula kerana sumber glukosa kita boleh didapati dari makanan berkarbohidrat yang lain.

Isu utama dalam permasalahan gula adalah ianya diambil secara berlebihan setiap hari kerana terdapat banyak makanan dan minuman kita menggunakan gula sebagai bahan pemanisnya. Makanan proses dan pelbagai jenis minuman yang terlalu mudah kita dapati di pasaran sekarang mempunyai kandungan gula yang sangat tinggi yang melebihi keperluan kita. Akhirnya ia kaan menyebabkan pelbagai masalah kesihatan seperti sakit jantung, kolesterol tinggi, darah tinggi, diabetes, kanser, gout dan sebagainya.

Kita tidak sepatutnya makan sesuatu itu secara berlebihan, kerana ia sudah pasti akan menyebabkan pelbagai masalah di kemudian hari. Ini sesuai sebagaimana dalam konsep Islam yang dinyatakan oleh Allah dalam firmanNya di dalam Al Quran, Surah Al-A'raf, ayat 31:

".... dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya ALLAH tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas."

Jadi jom lah kita ubah tabiat kita yang suka berlebihan dalam pemakanan kepada seorang insan yang bersederhana. Saya juga berkata untuk diri saya sendiri... sebab kadang-kadang diri saya pun jadi alpa bila tengok pelbagai juadah yang menggugat selera... 

Apa kata kita beralih arah? Kita tukar semua gula putih kita di rumah / di kedai kepada pemanis semulajadi stevia? Bukan apa.. untuk kebaikan kita juga... kita kena ingat yang kita ada tanggungjawab untuk menjaga amanah dan anugerah Allah melalui pemberian anggota tubuh badan kita... sambil guna untuk diri dan keluarga, kebajikan kita pun terjaga... bukan apa.. kita nak bagi elok...



InsyaAllah saya akan sambung lagi usaha saya untuk berbakti dengan berkongsi informasi mengenai isu GULA ini dengan anda semua dari masa ke masa..

Jom bertukar kepada GULA SIHAT... Best kan kalau beli GULA leh dapat Tabung Khairat Kematian dan Tabung Kebajikan? Hubungi saya jika anda sayangkan keluarga anda... 

H/p: 0194166909 
Email: yanie.izwan@gmail.com 
Website: https://rcc2u.com/reff/yanieizwanrich72

Saturday 22 November 2014

Bagaimana gula boleh menjejaskan kesihatan?·



Gula putih menyekat sistem imun. Didapati gula putih boleh mengurangkan hayat dan jumlah sel darah putih yang menjadi ejen utama kepada sistem imun kita untuk menghalang jangkitan atau kemasukan benda asing ke dalam badan. Ada yang mengatakan gula juga membuatkan badan kita bersifat asidik yang menyebabkan kita lebih mudah diserang bakteria dan virus. Malah, gula juga menjadi makanan utama kepada bakteria dan fungus jika berlaku jangkitan.

Gula putih dikategorikan sebagai makanan tinggi glisemik. Maknanya, ia menyebabkan paras gula darah meningkat cepat dan menjejaskan paras insulin. Maka ia dianggap makanan terlarang, terutama bagi pesakit kencing manis, kerana ia menyukarkan kawalan paras gula darah.

Gula juga ada kaitan rapat dengan kanser. Walaupun kebanyakan doktor tidak mengenakan pantang larang makanan kepada pesakit kanser yang menerima rawatan, mengawal kandungan gula dalam darah membantu meningkatkan tahap kesihatan pesakit.Kawalan paras gula dalam darah melalui penjagaan makanan, senaman, makanan tambahan dan ubat antara komponen penting dalam rawatan kanser.

Mengurangkan pengambilan gula dianggap langkah penting untuk membantu menurunkan berat badan. Masalah dihadapi kebanyakan orang ialah mempunyai bekalan tenaga harian berlebihan daripada makanan dan minuman. Walaupun semua orang tahu bersenam itu penting bagi membakar (menggunakan tenaga), masih ada yang liat mengamalkannya. Tenaga yang berlebihan, ditambah pula tenaga daripada gula dalam minuman, turut menyumbang Justify Fullg kepada pertambahan berat badan.· 

Gula dan makanan manis adalah penyebab utama kepada kerosakan gigi seperti kerap dialami kanak-kanak. Bakteria dalam mulut menggunakan gula ini untuk menjadikan keadaan mulut lebih berasid bagi memecahkan lapisan enamel (lapisan gigi paling luar). Lama kelamaan, gigi akan berlubang. Apabila ini terjadi, banyak masalah lain menyusul, termasuk sakit gigi, jangkitan dan kehilangan gigi.Tabiat makan yang terlalu kerap juga perlu dihentikan. Ini kerana apabila kita makan (khususnya makanan mengandungi karbohidrat), ia meningkatkan kemungkinan pereputan gigi kerana air liur lebih banyak digunakan untuk menghancurkan makanan, sedangkan air liur penting bagi meneutralkan tahap keasidan mulut.

Dalam kajian lain mendapati, masalah kesihatan gigi boleh menjadi penyumbang langsung kepada masalah jantung. Untuk mengelak masalah kesihatan yang lebih serius, kurangkan pengambilan gula dalam makanan harian.



Jom bertukar kepada GULA SIHAT... Best kan kalau beli GULA leh dapat Tabung Khairat Kematian dan Tabung Kebajikan? Hubungi saya jika anda sayangkan keluarga anda... 
H/p: 0194166909 
Email: yanie.izwan@gmail.com 
Website: https://rcc2u.com/reff/yanieizwanrich72

Keburukan Gula Putih




"Gula adalah pemanis pembunuh". Kajian yang telah dibuat daripada ahli pemakanan dan saintis, Professor John Yudkin. Satu kajian di Finland mendapati diet yang kaya dengan gula mengurangkan kekuatan tulang tikus yang sedang membesar. Rencanaterbaru Newsweek yang mengetengahkan gelombang jenayah di Jepunberjudul "Devil Food Made Me Do It", melaporkan tentang kaitan diantara makanan yang terlalu banyak gula membawa kepada keganasan.

Antara penyakit-penyakit dari kemanisan gula :

• Penyakit Jantung
• Kanser - Sel-sel kanser subur dengan gula
• Kencing Manis
• Jerawat
• Candida Albicans - Gula boleh menyebabkan jangkitan vagina
• Melemahkan Sistem Imun - 24 sudu teh gula boleh mengakibatkan 92% sel darah kurang berkesan
• Kerosakan Gigi - 8 dari 10 kanan-kanak menjadi mangsa
• Cepat Tua
• Kegemukan
• Sakit Sendi
• Osteoporosis
• Batu Karang Hempedu

Diantara penyebab gula menjejaskan kesihatan anda :
• Gula boleh melemahkan sistem imun
• Gula boleh mengganggu imbangan galian dalam tubuh
• Gula penyebab hiperaktiviti, gelisah dan kenakalan kanak-kanak
• Gula menjejaskan pencapaian kanak-kanak di sekolah
• Gula boleh melemahkan daya tahan tubuh terhadap jangkitan bakteria
• Gula boleh merosakkan buah pinggang
• Gula boleh membawa kepada kanser payudara, ovari, prostat dan kanser dubur
• Gula menjadi faktor kanser pundi hempedu
• Gula boleh menyebabkan kanser kolon, dengan risiko lebih tinggi terhadap wanita
• Gula boleh menyebabkan perut berasid

Kanser
Gula menggalakkan kanser kerana insulin dikaitkan dengan pengeluaranhormon Prostaglandin E2 yang melemahkan sistem imun. Tumor kanseradalah pemakan gula. Paras gula dalam darah yang tinggi bermaknaterdapat bekalan "bahan bakar" tumor yang terus beredar diselurh badan.

Candida Albicans (Keputihan)

Gula turut menjadi makanan kepada yis Candida Albicans yang menyebabkan jangkitan faraj akibat pertumbuhan yis yang berlebihan.

Apabila kandungan gula dalam darah menjadi tinggi, terdapat gulatambahan sebagai makanan. Dengan itu yis bertambah berllpat gandadengan cepat sehingga menyebabkan pertumbuhan yang berlebihan.

Kegemukan
Gula adalah satu penyebab kegemukan kerana 1 gram gula memberi anda 4kalori tanpa sebarang khasiat lain. Pengambilan kalori atau gulaberlebihan yang tidak digunakan oleh tubuh akan ditukar menjadi lemak.Ini akan menyebabkan kegemukan selain dari timbulnya pelbagai masalahkesihatan yang lain.

Hipertensi (Tekanan Darah Tinggi)
Tekanan darah tinggi adalah perkara biasa bagi orang yg gemuk.Tisu yang bertambah dengan lemak bermakna menambahkan lagi jarakkapilari di mana melaluinya darah dipam. Keadaan ini lebih menekanjantung dan arteri hingga menyebabkan pelbagai bentuk penyakit jantungyang boleh membawa kepada maut.

Jom bertukar kepada GULA SIHAT... Best kan kalau beli GULA leh dapat Tabung Khairat Kematian dan Tabung Kebajikan? Hubungi saya jika anda sayangkan keluarga anda... 

H/p: 0194166909 
Email: yanie.izwan@gmail.com 
Website: https://rcc2u.com/reff/yanieizwanrich72

Fungsi Royal Sweetener Stevia



Fungsi Royal Sweetener Stevia RCC

~ Merawat luka terbakar / terkena minyak panas (cairkan sedikit ekstrak STEVIA dengan campuran air, kemudian sapu pada bahagian yang terbakar atau melecur)

~ Melawaskan pembuangan kecil

~ Membantu sistem penghadaman untuk beroperasi dengan lebih baik

~ Sesuai untuk kanak-kanak

~ Memudahkan tidur lebih nyenyak

~ Membantu dalam pengawalan berat badan

~ Boleh digunakan dalam masakan seharian

~ Mampu mencuci darah / usus / buah pinggang (insyaAllah takkan kena buat rawatan hemodialisis)

~ Melicin dan memutihkan kulit wajah / awet muda

Jom bertukar kepada GULA SIHAT... Best kan kalau beli GULA leh dapat Tabung Khairat Kematian dan Tabung Kebajikan? Hubungi saya jika anda sayangkan keluarga anda... 

H/p: 0194166909 
Email: yanie.izwan@gmail.com

Rawatan Guna 3553

Rawatan guna 3553? Apa itu 3553? 3553 ni hanyalah sebagai panduan kepada pengguna dan pengamal Gula Sihat @ Royal Sweetener... jom saya terangkan kat bawah ni:



Formula kat atas ni boleh digunakan kepada semua peringkat umur.. tak kira lah sama ada anda ada penyakit kritikal atau pun yang sihat walafiat...


Jom bertukar kepada GULA SIHAT... Best kan kalau beli GULA leh dapat Tabung Khairat Kematian dan Tabung Kebajikan? Hubungi saya jika anda sayangkan keluarga anda... 

 H/p: 0194166909 
Email: yanie.izwan@gmail.com

Friday 21 November 2014

Pengenalan Daun Stevia




Stevia merupakan genus yang terdiri daripada 150 spesies herba daripada keluarga bunga matahari (Astereacea). Di Malaysia ia juga digelar sebagai Pokok Gula kerana dipercayai dapat mengurangkan kencing manis. Stevia yang digunakan secara meluas sebagai pemanis ialah stevia dari Spesis Rebaudiana. Ia juga dikenali sebagai sweetleaf, sugarleaf ataupun sweet herb.

Ia merupakan sejenis tumbuhan herba berbatang lembut. Untuk menanamnya, medium yang digunakan ialah dari jenis poros supaya tiada air yang akan bertakung selepas ia disiram.Tumbuhan ini memerlukan air yang mencukupi dan perlu disiram 2 kali sehari dalam cuaca panas. Ia akan cepat kering dan mati jika kekurangan air. Daunnya berbentuk bujur. Batangnya halus dan bergerutu. Dalam keadaan optimun stevia boleh mencapai ketinggian sehingga 1 meter atau lebih. Ia mengeluarkan bunga kecil berwara putih. Bentuk bunganya menyerupai bunga-bunga aster yang lain, cuma saiznya kecil. Bunga ini akan menghasilkan biji benih apabila matang. Pembiakan selalunya menggunakan keratan batang. Keratan batangnya mudah mengeluarkan akar. Walaupun ia boleh juga membiak menggunakan biji benih, namun kadar percambahan biji benihnya amat rendah sehingga ia jarang dibiakkan dengan menggunakan biji benih.

Bahan aktif yang bertanggungjawab ke atas rasa manis pada daun stevia dikenali sebagai steviol glycosides yang mengandungi stevioside dan rebaudioside. Bahan aktif ini stabil pada suhu tinggi, nilai pH yang stabil dan tidak merangsang tindak balas glycemic, menjadikan ia semakin digemari orang ramai terutamanya untuk yang ingin menghadkan pengambilan karbohidrat dan mengelakkan diabetes. Selain itu, stevia juga didapati boleh merawat tekanan darah tinggi, mengurangkan tahap asid urik dan obesiti.
Stevia telah digunakan sebagai pemanis semulajadi oleh masyarakat di Brazil dan Paraguay sejak beratus-ratus tahun dahulu lagi. Ia mula digunakan oleh kaum Red Indian Guarani di Paraguay sejak 1500 tahun yang silam. Ia digunakan terutamanya untuk memaniskan teh herba mereka. Selain daripada itu ia juga digunakan untuk memaniskan makanan mereka. Mereka juga menggunakan Stevia sebagai penawar terutamanya untuk menurunkan tekanan darah tinggi, melawaskan kencing dan merawat luka terbakar.
Kegunaan stevia sebagai pemanis mula disedari oleh orang Eropah pada kurun ke-16. Sejak itu ia mula digunakan dengan meluas di Eropah sehinggalah dibawa ke Asia. Walaubagaimanapun kajian terhadap Stevia hanya mula dilakukan pada awal kurun ke 19 apabila para pengkaji di Brazil mendengar cerita yang sehelai daun stevia boleh memaniskan sebiji buah peria dan juga secawan teh herba yang kelat.
Ciri paling unik mengenai Stevia ialah ia merupakan pemanis semula jadi yang tidak mengandungi kalori. Di percayai secara tradisional, stevia mengandungi sifar kalori, lemak, kolestrol, gula dan karbohidrat. Ekstrak stevia dikatakan 300 kali lebih manis dari gula biasa. Ciri ini telah menarik minat para pengkaji untuk menjalankan kajian terhadap Stevia. Kajian terhadap kandungan toksidnya, mendapati kandungan utama yang menyebabkan ia manis iaitu Steviosid tidak toksid. Ia juga didapati tidak menyebabkan mutasi sel, ia juga tidak memberi apa-apa kesan terhadap kesuburan. Walaubagaimanapun terdapat konflik terhadap kajian kesuburan yang dikaitkan dengan Stevia. Satu kajian mendapati ia tidak memberi apa-apa kesan terhadap kesuburan, manakala satu kajian lain mendapati air yang diekstrak daripada daun stevia didapati menurunkan paras testostron dan bilangan sperma bila diuji pada tikus jantan.

Kajian saintis Brazil pada tahun 1991 mendapati Steviosid berkeupayaan untuk menurunkan tekanan darah pada tikus. Daripada penemuan ini, satu lagi ujian dilakukan pada tahun 2000. Kali ini subjeknya merupakan 106 orang berbangsa Cina (lelaki dan perempuan) yang mengalami penyakit darah tinggi. 60 subjek diberikan kapsul yang mengandungi 250mg steviosid 3 kali sehari. Pemeriksaan terhadap subjek dilakukan sebulan sekali selama satu tahun. Selepas 3 bulan , tekanan darah sistolik dan diastolik telah menurun dengan ketara dan kesannya berkekalan sepanjang tahun. Hasil dari kajian ini saintis merumuskan steviosid yang diambil secara oral adalah berkesan untuk menurunkan tekanan darah dan ia mungkin boleh dipertimbangkan sebagai bahan altenatif atau suplemen untuk pesakit darah tinggi. Satu kumpulan saintis lagi melakukan ujian terhadap kesan hipoglisemik glikosid yang terdapat dalam stevia. Mereka juga mengkaji kesan terhadap pengeluaran glukos terhadap glikosid, steviol, isosteviol dan glukosilsteviol. steviol didapati tidak menghasilkan glukos. Pada tahun 2000 juga, para pengkaji di Denmark telah menjalankan satu kajian yang menunjukkan tindakan hipoglisemik in vitro yang dilakukan oleh steviosid dan steviol adalah hasil daripada keupayaan kedua-duanya menghasilkan insulin melalui tindakan terus terhadap sel-sel beta. Mereka merumuskan hasil kajian mendapati sebatian ini mungkin mempunyai potensi untuk menjadi agen anti-hipeglisemik dalam rawatan diabetes mellitus jenis 2.
Jom bertukar kepada GULA SIHAT... Best kan kalau beli GULA leh dapat Tabung Khairat Kematian dan Tabung Kebajikan? Hubungi saya jika anda sayangkan keluarga anda... 

H/p: 0194166909 
Email: yanie.izwan@gmail.com

Apa Itu Stevia?


Daun manis pengganti gula untuk pesakit kencing manis dikategorikan sebagai pokok renek sesuai sebagai penghias penutup bumi KONSEP Edible Garden atau Taman Ramuan menitik beratkan setiap pokok yang ditanam boleh dijadikan makanan, ubat selain menghias laman.
Untuk itu, ada beberapa pokok yang dikategorikan sebagai tanaman herba boleh dijadikan hiasan menarik dalam Taman Ramuan termasuk stevia atau daun manis yang menjadi pilihan ramai kebelakangan ini. Stevia bukan saja indah pada nama tetapi unik kerana khasiat yang dihasilkan daunnya boleh menggantikan gula.
Ia dikatakan boleh menggantikan gula untuk pesakit kencing manis, yang juga dikategorikan sebagai pokok renek sesuai menjadi penghias penutup bumi. Daunnya berbentuk bujur manakala batangnya lembut, halus dan bergerutu. Ia boleh membesar setinggi satu meter manakala bunganya kecil berwarna putih menyerupai bunga aster, cuma saiznya lebih kecil. Stevia adalah satu daripada 240 spesies herba daripada keluarga bunga matahari (Astereacea). Justeru, stevia menghasilkan biji benih apabila matang.
Pokok ini boleh juga membiak menggunakan biji benih, namun kadar percambahan biji benihnya amat rendah sehingga jarang dibiakkan dengan cara itu. Maka, pembiakannya selalunya menggunakan keratan batang. Stevia berasal daripada kawasan tropika dan sub-tropika di Amerika Selatan dan Amerika Tengah, ada yang menyatakan ia berasal dari Paraguay.
Selain untuk landskap, stevia digunakan secara meluas sebagai pemanis. Namun, stevia yang biasa digunakan sebagai pemanis ialah daripada spesies rebaudiana. Ia mula digunakan kaum Red Indian Guarani di Paraguay sejak 1500 tahun lalu sebagai pemanis teh herba dan makanan mereka. Mereka juga menggunakan Stevia sebagai penawar menurunkan tekanan darah tinggi, melawaskan kencing dan merawat luka terbakar.
Di Eropah, kegunaan stevia sebagai pemanis mula disedari pada kurun ke-16 dan ia kemudian dibawa ke Asia. Kajian mengenai tumbuhan ini dimulakan pada awal kurun ke-19 apabila pengkaji di Brazil mendengar cerita yang sehelai daun stevia boleh memaniskan sebiji buah peria dan secawan teh herba yang kelat. Pakar botani Paraguay, Moises S Bertoni banyak menulis mengenai tumbuhan ini sehingga ramai yang tahu keunikan dan kelebihannya,
Uniknya, stevia adalah pemanis semula jadi yang tidak mengandungi kalori dan ekstraknya dikatakan 300 kali lebih manis daripada gula biasa. Kajian mendapati kandungan utama yang menyebabkan ia manis iaitu steviosid tidak mengandungi toksid. Ia juga didapati tidak menyebabkan mutasi sel dan tidak memberi kesan terhadap kesuburan, namun terdapat konflik terhadap kajian kesuburan stevia.
Satu kajian mendapati ia tidak memberi apa-apa kesan terhadap kesuburan, manakala satu kajian lain mendapati air yang diekstrak daripada daun stevia didapati menurunkan paras testostron dan bilangan sperma bila diuji pada tikus jantan. Hasil dari kajian ini saintis merumuskan steviosid yang diambil secara oral adalah berkesan untuk menurunkan tekanan darah dan ia mungkin boleh dipertimbangkan sebagai bahan alternatif atau tambahan untuk pesakit darah tinggi.
Satu kumpulan saintis lagi melakukan ujian terhadap kesan hipoglisemik glikosid dalam stevia mendapati steviol tidak menghasilkan glukos, bermakna ia baik untuk pengidap diabetes. Pengkaji Denmark mendapati hipoglisemik in vitro yang dilakukan steviosid dan steviol berupaya menghasilkan insulin melalui tindakan terus terhadap sel-sel beta. Mereka merumuskan hasil kajian mendapati sebatian ini mungkin mempunyai potensi untuk menjadi ejen anti-hipeglisemik dalam rawatan diabetes mellitus jenis 2. Ada pendapat menyatakan stevia juga digunakan sebagai tonik untuk jantung dan berfungsi menstabilkan tekanan darah serta degupan jantung.
Kini, berjuta-juta orang di Brazil dan Jepun menggunakan stevia sebagai perisa makanan dan pemanis semula jadi, malah menjadi perisa makanan diluluskan sejak 20 tahun lalu. Penduduk Jepun adalah pengguna paling besar menggunakan stevia untuk memaniskan hampir semua produk makanan termasuk jeruk, minuman ringan dan coklat.
Malah, dilaporkan syarikat pengeluar minuman seperti Coca Cola menggunakan ekstrak stevia sebagai gantian kepada NutaSweet dan sakarin untuk produk mereka yang dipasarkan di Jepun, Brazil dan Kanada. Di Amerika Syarikat, stevia menjadi bahan larangan yang tidak boleh digunakan terhadap produk makanan. Ini mungkin kerana monopoli pengeluar pemanis tanpa kalori sintetik yang terdapat di sana.
INFO: Stevia
• Tanah kompos, tanah campuran bukan tanah liat yang menakung air
• Stevia memerlukan cahaya matahari dan air yang mencukupi serta perlu disiram dua kali sehari dalam cuaca panas.
• Pokok ini akan cepat kering dan mati jika kekurangan air.
• Dos yang biasa digunakan dan dicadangkan untuk penggunaan stevia ini ialah 1/4 sudu makan. Daunnya yang dihancurkan digunakan untuk menggantikan 1 sudu makan gula biasa.
Nama Tempatan: Stevia
Nama Saintifik: Stevia rebaudiana
Nama Lain: Teh manis, sweet leaf of Paraguay, caa-he-éé, kaa jheéé, ca-a-jhei, ca-a-yupi, azucacaa, eira-caa,
Sinonim: Eupatorium rebaudianum capim doce, erva doce, sweet-herb, honey yerba, honeyleaf, yaa waan, candy leaf, sugarleaf.
Famili: Astereacea
Asal: Paraguay

Jom bertukar kepada GULA SIHAT... Best kan kalau beli GULA leh dapat Tabung Khairat Kematian dan Tabung Kebajikan? Hubungi saya jika anda sayangkan keluarga anda... 

H/p: 0194166909 
Email: yanie.izwan@gmail.com

Banyakkan Susu Badan Dengan ‘Power Pumping’. Ini Caranya Ibu Mesti Tahu

“Minggu depan dah nak masuk kerja, belum buat stok susu anak lagi. Dah macam-macam milkbooster aku telan tapi setiap kali pam d...