Wednesday 25 July 2018

Elak Masalah Kencing Kotor Dengan 8 Cara Ini. Wanita Mudah Kena!

 
Pernahkah anda berasa seperti asyik mahu terkencing atau pedih semasa membuang air kecil?
Mungkin ia disebabkan oleh jangkitan pada saluran kencing (‘urinary tract infection’). Simptom ini juga dikenali sebagai ‘kencing kotor’.
Biasanya, jangkitan bakteria (E.coli) menjadi punca utama masalah ini.
masalah kencing kotor
Foto Kredit: kk.no

KENAPA WANITA LEBIH TERDEDAH KEPADA MASALAH KENCING KOTOR?

Menurut kajian, hampir 50% wanita akan mengalami kencing kotor atau jangkitan kencing sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Daripada jumlah ini, 20% daripada mereka yang pernah terkena kencing kotor akan mengalaminya lagi.
Secara amnya, wanita lebih mudah mendapat penyakit kencing kotor berbanding lelaki kerana wanita mempunyai salur kencing (uretra) yang pendek dan berada berdekatan dengan dubur (anus).
Hubungan seksual adalah salah satu sebab yang boleh menjadi punca wanita lebih terdedah mendapat kencing kotor. Ini kerana bakteria dari vagina boleh memasuki saluran kencing semasa aktiviti tersebut.
Wanita hamil pula mudah menghidap jangkitan kuman berbanding dengan wanita yang tidak hamil. Ini disebabkan perubahan hormon dalam wanita hamil. Ini kerana, ketika hamil, tahap kandungan hormon yang tinggi menyebabkan otot dan pundi kencing menjadi lemah. Keadaan ini akan meregangkan dan melambatkan pengaliran air kencing.
Pada masa yang sama, rahim yang membesar juga menekan saluran kencing dari luar menyebabkan pergerakan air kencing bertambah tersekat.
Apabila ia berlaku, kuman yang berada di pundi kencing membiak. Malah, air kencing wanita hamil yang lebih berasid dan lebih mengandungi gula turut menjadi faktor penyumbang kepada masalah kencing kotor.
Selain itu, jangkitan kencing juga lebih mudah dialami bagi mereka yang menghidap penyakit kencing manis atau diabetes, atau batu karang.
masalah kencing kotor
Foto Kredit: abresalamat.ir

TANDA-TANDA MASALAH KENCING KOTOR

1. Pedih semasa kencing
2. Kerap kencing
3. Tidak dapat mengawal kencing.
4. Kerap kencing malam
5. Sakit bahagian ari-ari
6. Kencing keruh / berbau / berdarah
7. Radang buah pinggang akut
8. Demam,sejuk dan menggigil
9. Sakit belakang bahagian buah pinggang kadang kadang menyusur ke bahagian pinggang
10. Loya dan muntah
11. Tanda-tanda dan gejala radang pundi kencing
12. Renjatan septik – perubahan mental dan keliru, hilang selera, tekanan darah rendah, sejuk dan berpeluh hujung anggota.

Selain itu, terdapat juga kes di mana kencing kotor tidak menunjukkan sebarang tanda secara fizikal.
Walaupun kencing kotor biasanya boleh diatasi dengan antibiotik atau rawatan di rumah, namun ia boleh menjadi teruk sekiranya anda tidak segera mengambil tindakan.
Seperti dalam rajah di bawah, ia menunjukkan bagaimana ia boleh menjadi semakin teruk secara berperingkat sehingga menjejaskan buah pinggang.
masalah kencing kotor 1
Foto Kredit: fastmed.com

CARA MENCEGAH MASALAH KENCING KOTOR

1. BANYAK MINUM AIR

Minumlah air dengan banyak, sekurang-kurangnya enam hingga lapan gelas air sehari, sehingga air kencing menjadi jernih.
Banyakkan minum air masak (bukan air bergula)
Banyakkan minum air masak (bukan air bergula)

2. JANGAN TAHAN KENCING

Terus buang air kencing jika terasa untuk berbuat demikian. Menangguhkan membuang kencing akan menggalakan pembiakan bakteria dalam pundi kencing.
Foto Kredit: magasinetliv.dk
Foto Kredit: magasinetliv.dk

3. JAGA KEBERSIHAN ALAT SULIT

Selepas membuang air kecil, biasakan mengelap dari depan ke belakang selepas ke tandas, untuk mengurangkan bakteria merebak dari kawasan dubur ke saluran kencing.
Basuh tangan sebelum dan selepas mencuci alat sulit.
Rawatan buasir
Foto Kredit: hemorrhoid.center

4. GUNA PAKAIAN LONGGAR

Wanita yang hamil digalakkan memakai pakaian dalam daripada kapas dan pakaian hendaklah longgar. Elakkan pakaian dalam yang ketat.

5. BUANG AIR KECIL SEBELUM DAN SELEPAS HUBUNGAN SEKS

Untuk mengelakkan jangkitan, anda dinasihatkan untuk membuang air kecil sebelum dan selepas melakukan hubungan seks.
Hubungan Intim Hambar, Suami Tidak Mahu Tidur Bersama Isteri

6. TUKAR TUALA WANITA DENGAN KERAP

Tukar tuala wanita atau seluar dalam dengan lebih kerap jika telah kotor. Gunakan ‘panty liner’ jika mengesan tanda keputihan supaya kebersihan lebih terjaga.
keputihan 2

7. KURANGKAN KAFEIN

Kurangkan makan makanan manis atau minum air yang mengandungi kafein.
Kurangkan kafein (Bahasa Inggeris: Caffeine)
Kurangkan kafein

8. AMBIL VITAMIN C

Amalkan pengambilan vitamin C yang mencukupi sehari untuk membantu melawan jangkitan kuman, terutamanya jika anda cenderung terkena jangkitan seperti demam.
Kulit kering
Foto Kredit: hippowallpapers.com

BUAT PEMERIKSAAN LANJUT

Cara yang terbaik untuk mengesahkan anda mendapat jangkitan kotor atau tidak, lakukan pemeriksaan air kencing di makmal.
Ia juga boleh mengesan sama ada masalah kencing kotor anda ada kaitan dengan sakit buah pinggang. Jika ia hanya jangkitan air kencing biasa, ia tidak ada kaitan dengan sakit buah pinggang.
Begitu juga sekiranya anda mengandung, kencing kotor dan ubat-ubatannya tidak menjejaskan kandungan melainkan anda disahkan sakit buah pinggang.
Credit to: Sirap Limau

 Mama Yanie 
yanie.izwan@gmail.com

Tuesday 24 July 2018

Masjid Tiban Turen Malang Jatim

Tajuk post mama kali ni agak unik sikit kan? Hari ni mama terfikir nak buat research pasai masjid ni. Sebab mak mertua mama baru ja balik dari Surabaya. Dia bagitau depa pi masjid ajaib. Saja la mama search kat Google. Makanyaa.. terjumpa la masjid yang indah ni. Subhanallah.. seni binaannya yang halus..

Jom kita baca post yang mama nak share kat bawah ni.

Masjid Ajaib atau juga Masjid Tiban adalah sebenarnya Pondok Pesantren Salafiah Bihaaru Bahri Asali Fadlaailir Rahmah yang terletak di Turen, Kabupaten Malang, Jawa Timur. Pondok Pesantren Salafiah Bihaaru Bahri Asali Fadlaailir Rahmah (Bi Ba’a Fadlrah). Nama yang cukup panjang yang mempunyai makna Laut Madu atau, "Fadilah Rohmat" (Segarane, Segara, Madune, Fadhole Rohmat-terjemahan Bahasa Jawa)







Disebut Masjid tiban karena Konon masjid yang sangat megah ini dibangun tanpa sepengetahuan warga sekitar, dan menurut mitos dibangun oleh jin dalam waktu hanya semalam. Namun, ketika desas-desus ini dikonfirmasi kepada “orang dalam”, dikatakan bahwa pembangunan masjid – yang sebenarnya merupakan kompleks pondok pesantren secara keseluruhan – semua bersifat transparan karena dikerjakan oleh santri dan jamaah. Bantahan dari “orang dalam” itu jelas sekali terpampang di depan meja penerima tamu dengan tulisan besar-besar, “Apabila ada orang yang mengatakan bahwa ini adalah pondok tiban (pondok muncul dengan sendirinya), dibangun oleh jin dsb., itu tidak benar. Karena bangunan ini adalah Pondok Pesantren Salafiyah Bihaaru Bahri ‘Asali Fadlaailir Rahmah yang murni dibangun oleh para santri dan jamaah.”










Pondok Pesantren tersebut konon mulai dibangun pada tahun 1978 oleh Romo Kiai Haji Ahmad Bahru Mafdlaluddin Shaleh Al-Mahbub Rahmat Alam, atau yang akrab disapa Romo Kiai Ahmad. Bangunan utama pondok dan masjid tersebut sudah mencapai 10 lantai, tingkat 1 sampai dengan 4 digunakan sebagai tempat kegiatan para Santri Pondokan, lantai 6 seperti ruang keluarga, sedangkan lantai 5, 7, 8 terdapat toko-toko kecil yang di kelola oleh para Santriwati (Santri Wanita), berbagai macam makanan ringan dijual dengan harga murah, selain itu ada juga barang-barang yang dijual berupa pakaian Sarung, Sajadah, Jilbab, Tasbih dan sebagainya.


Tak hanya unik, di dalam ponpes tersebut juga tersedia kolam renang, dilengkapi perahu yang hanya khusus untuk dinaiki wisatawan anak-anak. Di dalam komplek ponpes itu juga terdapat berbagai jenis binatang seperti kijang, monyet, kelinci, aneka jenis ayam dan burung.



Arsitek dari pembangunan ponpes ini bukanlah seseorang yang belajar dari ilmu arsitektur perguruan tinggi, melainkan hasil dari istikharah pemilik pondok, KH Achmad Bahru Mafdloludin Sholeh. Karenanya, bentuknya menjadi sangat unik, seperti perpaduan timur tengah, china dan modern. Untuk pembangunannya pun tidak menggunakan alat-alat berat dan modern seperti halnya untuk membangun gedung bertingkat. Semuanya dikerjakan oleh para santri yang berjumlah 250 orang dan beberapa penduduk di sekitar pondok. Romo Kiai sudah mulai membangun pondok dengan material apa adanya. Contohnya, waktu itu adanya baru batu merah saja maka batu merah itulah yang dipasang dengan luluh (adonan) dari tanah liat (lumpur atau ledok).



 Mama Yanie 
yanie.izwan@gmail.com

PUNCA BAYI BESAR DALAM KANDUNGAN


Antara Penyebab Bayi Besar Dalam Kandungan

Kebiasannya bayi besar dari usia kandungan disebabkan:

  • faktor genetik-jika ibu yang mengandung dulu lahir saiz yg besar maka bayi dikandung berisiko utk bersaiz besar.
  • Tahap gula dlm darah yg tak dpt dikawal iaitu diabetes.
  • wanita yang berdarah sepanyol
  • obesiti,
  • BMI yg tinggi diawal kandungan
  • Jantina bayi-bayi lelaki lbh berisiko tinggi utk bersaiz besar berbanding perempuan 

 Risiko hamil bayi besar:

  • menyukarkan proses kelahiran
  • berisiko tinggi utk menghadapi komplikasi spt perineum koyak@ kehilangan banyak darah.
  • bahu bayi tersekat ditulang pubik(shoulder dystocia)-jarang berlaku namun serius
  • berkemungkinan caesarean
Kesan selepas kelahiran bayi besar pula ialah shoulder dystocia.bayi mungkin akan melalu beberapa masalah kerana shoulder dystocia mengakibatkan tulang selangkanya cedera hingga memberi kesan kpd saraf lengan & bahu.

Kerosakan saraf berlaku di antra 4% -16& di kalangan bayi yg mengalami shoulder dystocia. Masalah ini lebih cenderung untuk berlaku kepada bayi yang memerlukan banyak bantuan saat dia dilahirkan.Walaubagaimanapun,dlm kes tertentu ia juga boleh disebabkan oleh tekanan kontraksi yg terlalu kuat.

Bayi yg tidak mengalami kerosakan saraf biasanya akan pulih sepenuhnya dgn mejalani rawatan tertentu & tulang selangka yg patah juga boleh sembuh tanpa masalah lain.
    Ada juga mitos yang mengatakan pengambilan vitamin punca kenaikan berat badan bayi dalam kandungan sampaikan para ibu yang hamil takut untuk mengambil sebarang supplement.
    " Ramai wanita yg salah anggap multivitamin spt obimin atau lain jenama yg diberikan waktu hamil menyebabkan saiz bayi besar waktu lahir. 
    Pil vitamin ini penting utk kesihatan ibu dan utk bina darah utk cegah kurang darah waktu bersalin. 
    Pil kalsium utk bina tulang, folic utk keperluan semua sel2 baru utk janin dan fish oil sebagai sumber omega3 dan DHA utk sel2 otak bayi utk jadi anak pintar. 
    Setelah bersalin TERUSKAN makan supplemen2 tersebut utk cepat pulih rahim dan kekuatan badan serta utk susu ibu yg berkualiti. Saya cadangkan pil2 tersebut patut dimakan terus menerus hingga akhir hayat seseorang wanita.”– Dr Hamis Arshat
    Hmmm…doktor pakar pun menyarankan pengambilan suplemen sejak dari hamil, selepas hamil dan selamanya.

    Jika anda pernah mengandungkan bayi besar di kehamilan sebelumnya,maka anda berisiko tinggi utk mengalami hal yg sama di kehamilan yg seterusnya. Jadi penjagaan dir semasa mengandung amat penting : 
    • sentiasa pantau tahap kesihatan
    • segera rawat sebarang jenis penyakit yg dihidapi terutamanya kencing manis
    • Pemantauan ke atas pembesaran bayi kerap dilakukan
    • Pemeriksaan ke atas sebarang kecatatan bayi semasa dlm kandungan perlu dijalankan
    • rancanglah bersama doktor utk melalui proses kelahiran yg selamat
    Sumber: Syok Cari Duit


    Tips Mengelakkan Bayi Besar

    • Pengambilan makanan seimbang mengikut pola piramid makanan - Pinggan Sihat Malaysia: "Suku, Suku, Separuh"
    • Berjumpa dengan pakar dietetic untuk mengira kadar kalori yang diperlukan ketika hamil seterusnya mendapatkan nasihat mengenai pemakanan seimbang
    • Digalakkan melakukan aktiviti senaman ringan
    • Menjalani ujian saringan diabetes jika tergolong dalam kumpulan berisiko tinggi
    Sumber: Majalah Pa & Ma 

     Mama Yanie 
    yanie.izwan@gmail.com

    Monday 23 July 2018

    Aktif Menendang Dalam Perut, Ini 9 Perkara Bayi Cuba Beritahu Mama






    “Bukan main aktif lagi baby dalam perut ni. Dari tadi asyik menendang. Apa agaknya yang kamu cuba beritahu Mama?”
    Merasa tendangan bayi dalam kandungan adalah antara perasaan yang begitu indah dan sukar digambarkan oleh seorang wanita yang bakal bergelar ibu.
    Biasanya tendangan bayi dalam kandungan ini dapat mula dirasakan oleh ibu pada usia kehamilan 24 minggu. Namun sesetengah wanita mungkin dapat merasakannya lebih awal, terutamanya wanita yang pernah mengandung sebelum ini.
    Pernahkah anda terfikir kenapa bayi menendang dan adakah mungkin memberi reaksi terhadap apa yang kita lakukan?

    AKTIF MENENDANG DALAM PERUT, INI 9 PERKARA BAYI CUBA BERITAHU MAMA

    1. “SAYA SIHAT”

    Apabila usia kandungan mencapai usia 24 minggu, jururawat akan memberi tugasan kepada Mama untuk mengira gerakan bayi setiap hari. Ini kerana ia merupakan petanda aras yang penting dalam menentukan kesihatan bayi.
    Penting untuk Mama mengetahui apakah corak tendangan bayi yang normal setiap hari. Umumnya bayi yang lebih sihat adalah bayi yang aktif bergerak. Namun jangan pula risau jika bayi anda kurang bergerak berbanding kandungan orang lain. Sifat bayi adalah unik dan mereka bergerak mengikut cara mereka yang tersendiri.

    2.  “MAMA PUN OK”

    Selain kesihatan bayi, keaktifan bayi dalam kandungan juga boleh menjadi petanda kesihatan Mama. Sekiranya Mama terlalu penat atau stres, corak gerakan bayi dalam kandungan mungkin akan terganggu dan selalunya berkurang.
    Begitu juga jika Mama tak sihat, tak berselera makan, atau kurang berehat.
    hamil anak kedua
    Foto Kredit: healthline.com

    3. “BISINGNYA…!”

    Menurut HealthLine.com, bayi dalam kandungan sudah dapat mendengar sekitar usia 18-24 minggu. Bayi amat sensitif terhadap bunyi-bunyian tertentu yang mungkin kita sendiri tak perasan.
    Selalunya, bunyi bising boleh mencetuskan reaksi pergerakan dan tendangan bayi dalam kandungan. Ada bayi yang sukakannya, atau ada juga yang berasa sedikit takut dengan bunyi tersebut.
    Foto Kredit: Buzzfeed.com

    4. “SAYA NAMPAK CAHAYA!”

    Walaupun kelopak mata bayi masih tertutup, bayi dalam kandungan sebenarnya sudah dapat melihat cahaya yang tersaring dari luar perut ibu, seperti yang dinyatakan dalam BabyCenter.com.
    Anda boleh cuba menghalakan lampu suluh ke arah perut anda sekitar minggu ke-22. Dalam beberapa ketika, anda mungkin akan merasakan sedikit tendangan atau gerakan halus sebagai reaksi terhadap cahaya itu!
    Keguguran kandungan
    Foto Kredit: Screengrab dari YouTube

    5. “PEDASNYA MAKANAN YANG MAMA MAKAN”

    Bila kita ‘makan untuk 2 orang’, apa yang Mama makan tentu sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada bayi dalam kandungan.
    Menurut BabyGaga.com, makanan pedas terutamanya boleh membuat bayi anda memberi reaksi terhadap makanan tersebut. Dan reaksi ini lazimnya adalah dalam bentuk tendangan.
    http://discovermagazine.com/

    6. “SAYA SUKA DENGAR SUARA MAMA & PAPA”

    Tendangan bayi yang paling membuat Mama dan Papa teruja pastinya apabila bayi memberi tindakbalas ketika anda bercakap atau berbual dengannya. Ia seolah-olah berbicara dengan Mama dan Papa, kan?
    Tidak dinafikan lagi, bercakap dengan bayi dalam kandungan memang banyak manfaatnya. Suara inilah yang akan membuat bayi berasa selamat dan senang. Bahkan, ketika lahir nanti bayi sebenarnya sudahpun mengenali intonasi suara Mama!
    Foto Kredit: netdoctor.co.uk

    7. “SAYA TENGAH BERSENAM MACAM MAMA”

    Senaman ketika hamil amat digalakkan, namun ia perlu dilakukan dengan berhati-hati. Tahukah anda, apabila degupan jantung ibu meningkat setelah melakukan senaman, kemungkinan besar bayi juga akan memberi respon terhadap aktiviti ini.
    Seolah-olah mengajak Mama bersenam bersama, bayi juga akan menendang, berpusing, menumbuk, dan bergerak-gerak di dalam perut. Setelah Mama cool down dan berehat, bayi juga akan berehat.
    Senam Ibu Hamil
    Foto Kredit: mommi.com

    8. “MAKANAN BUAT SAYA AKTIF”

    Perasan tak, selepas anda makan, terutamanya makanan yang manis atau sejuk, bayi juga akan mula aktif menendang.
    Kadang-kadang masa mengandung memang teringin nak makan macam-macam, tapi kena beringat juga ya. Seeloknya pilihlah alternatif snek yang lebih sihat seperti buah-buahan dan kekacang.
    makan coklat ketika mengandung
    Foto Kredit: babbyy.com

    9. “MAMA MESTI BERSEDIA UNTUK BERJAGA MALAM”

    Kebanyakan bayi memang suka ‘berparti’ dalam perut Mama pada waktu malam. Waktu kegemaran mereka biasanya adalah jam 9 malam hingga 1 tengah malam.
    Ada pendapat yang mengaitkannya dengan penurunan paras gula dalam tubuh Mama pada waktu tersebut. Namun, ada juga  pendapat yang mengatakan bahawa ia adalah sebagai persediaan buat ibu untuk berjaga malam apabila bayi lahir. Tak adalah jadi ‘zombie’ sangat nanti!

    RESPON IBU BUAT BAYI BAHAGIA

    Tendangan bayi dalam kandungan menjadi sebahagian daripada episod kehamilan yang sangat mengujakan buat Mama. Ia seolah-olah menghubungkan 2 insan ini secara telepati, tanpa mendengar suara dan tanpa melihat wajah. Ia menguatkan kecintaan Mama terhadap bayi walaupun ia masih belum dilahirkan ke dunia.
    Apabila bayi menendang, biasanya ibu akan merespon dengan bercakap dengannya dan mengusap-usap perutnya. Begitulah indahnya hubungan yang tidak bersempadan ini!
    CREDIT TO : Sirap Limau


    Mama Yanie 
    yanie.izwan@gmail.com

    Vitamin Obimin - Kegunaan, Komposisi, Kesan Sampingan dan Ulasan

     



    Image result for obimin

    New Obimin Tablet dinyatakan bertujuan untuk merawat Rawatan anemia pemakanan asal, Kehamilan, Bayi, Atau kanak-kanak, AnemiaKomplikasi kehamilanTambahanAlahan, Kekurangan vitamin b12, Peningkatan keperluan folat dalam badan semasa mengandungKolesterol tinggiAnemia pernisiusKekurangan vitamin a serta keadaan lain. New Obimin Tablet mengandungi bahan-bahan aktif berikut: CalciumCopperFolic AcidIodineIronNiacinamidePantothenic AcidVitamin AVitamin B1Vitamin B12Vitamin B2Vitamin B6Vitamin C and Vitamin D. Ia boleh didapati di dalam bentuk tablet. Westmont menghasilkan New Obimin Tablet. Maklumat lanjut berkaitan kegunaan, komposisi, dos, kesan sampingan dan ulasan New Obimin Tablet disenaraikan seperti di bawah:

    New Obimin Tablet Kegunaan

    New Obimin Tablet digunakan dalam rawatan, sebagai kawalan, pencegahan, & penambahbaikan penyakit, keadaan dan gejala berikut:

    New Obimin Tablet Komposisi dan Bahan Aktif
    New Obimin Tablet mengandungi bahan aktif berikut (garam)
    Sila ambil maklum bahawa ubat ini mungkin boleh didapati pada pelbagai tahap kekuatan untuk setiap bahan aktif yang disenaraikan diatas.

    New Obimin Tablet - Kesan Sampingan

    Senarai berikut adalah kesan sampingan yang mungkin berlaku disebabkan dari semua bahan aktif yang terkandung di dalam New Obimin Tablet. Ini bukanlah sebuah senarai yang lengkap. Kesan-kesan sampingan ini mungkin boleh berlaku, tetapi ia sangat jarang berlaku. Sebahagian kesan-kesan sampingan ini mungkin jarang berlaku tetapi boleh terjadi pada tahap yang serius. Dapatkan nasihat doktor jika anda mendapati salah satu kesan sampingan yang berikut berlaku, terutamanya jika tandanya berlarutan.
    • Bengkak bibir
    • Kesukaran bernafas
    • Sakit kepala
    • Cirit-birit
    • Bengkak pada muka atau bibir
    • Tongue
    • Kesukaran bernafas
    • Kemerahan setempat
    • Muntah
    • Loya

    New Obimin Tablet Fungsi, Mekanisma Tindakan dan Farmakologi
    New Obimin Tablet menambah baik kesihatan pesakit dengan cara:
    • Memudahkan pembentukan retina diperlukan untuk cahaya rendah dan penglihatan warna.
    • Meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus diperlukan untuk tulang yang kuat.
    • Menyekat kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas dengan itu menyembuhkan luka.
    • Metabolisme karbohidrat dengan itu mengekalkan pertumbuhan normal.
    • Mengekalkan banyak tisu badan untuk mengelakkan kekurangan vitamin B2.
    • Menghasilkan antibodi dan hemoglobin dengan mengekalkan tahap gula dalam darah dalam julat normal.
    • Merawat kekurangan vitamin B12.
    • Merendahkan tahap kolesterol dan trigliserida darah dengan menghalang sintesis lipoprotein ketumpatan amat rendah.
    • Meningkatkan tahap glutathione itu menghalang sel-sel daripada kerosakan peroxidative.
    • Bertindak ke atas sum-sum tulang megaloblastic untuk menghasilkan sumsum normoblastic.
    • Membantu sel-sel darah merah untuk menghantar oksigen ke seluruh badan.
    • Menyembuhkan kelemahan tulang dan untuk penyerapan yang lebih baik.
    • Menyumbang kepada pembentukan sel-sel darah dan transferrin.
    • Mengurangkan hormon tiroid dan membunuh kulat, bakteria dan mikroorganisma lain.

    New Obimin Tablet Langkah Pengawasan & Cara Penggunaan
    Sebelum mengambil ubat ini, maklumkan kepada doktor anda mengenai senarai ubat-ubatan semasa anda, termasuk produk yang boleh didapati di kaunter farmasi (seperti vitamin, makanan tambahan herba, dan lain-lain), alahan, penyakit yang sedia ada, dan keadaan kesihatan semasa (contohnya kehamilan, pembedahan yang akan datang, dan lain-lain ). Beberapa keadaan kesihatan boleh membuat anda lebih terdedah kepada kesan-kesan sampingan ubat. Ambil ubat seperti mana yang diarahkan oleh doktor anda atau ikut arahan seperti yang tertera pada lampiran di dalam produk. Cara pengambilan adalah berdasarkan kepada keadaan kesihatan anda. Beritahu doktor anda jika keadaan anda tidak berubah atau menjadi lebih teruk. Nota kaunseling yang perlu dititik-berat oleh pengguna telah disenaraikan di bawah.

    Interaksi Ubat New Obimin Tablet
    Jika anda mengambil ubat-ubatan atau produk yang boleh didapati di kaunter farmasi pada masa yang sama, kesan New Obimin Tablet mungkin boleh berubah. Ini boleh meningkatkan risiko kesan sampingan atau menyebabkan ubat anda tidak berfungsi dengan baik. Beritahu doktor mengenai semua ubat-ubatan, vitamin dan makanan tambahan herba yang anda gunakan, supaya doctor anda boleh membantu anda mencegah atau mengawal interaksi ubat. New Obimin Tablet boleh berinteraksi dengan ubat-ubatan dan produk-produk berikut:
    • Alcohol
    • Allopurinol
    • Aluminium hydroxide and oxide
    • Amiodarone
    • Amlodipine
    • Anti-diabetic drugs
    • Arsenic trioxide
    • Ascorbic acid
    • Atorvastatin
    • Barbiturates

    New Obimin Tablet - Kontraindikasi
    Sangat sensitif terhadap New Obimin Tablet adalah sebuah kontraindikasi. Tambahan, New Obimin Tablet tidak boleh diambil jika anda mempunyai keadaan berikut:
    • Batu karang
    • Cuts
    • Hypophosphatemia
    • Lebih tinggi daripada tahap biasa kalsium dalam air kencing
    • Penipisan atau melemahkan tulang
    • Tiada dilaporkan
    • Toleransi terhadap dadah
    • batuk kering
    • calculi buah pinggang
    • dermatitis akut

    New Obimin Tablet - Soalan Lazim
    • Bolehkah New Obimin Tablet digunakan untuk Rawatan anemia pemakanan asal, kehamilan, bayi, atau kanak-kanak dan anemia?
      Ya, rawatan anemia pemakanan asal, kehamilan, bayi, atau kanak-kanak dan anemia adalah antara kegunaan yang paling biasa dilaporkan untuk New Obimin Tablet. Jangan gunakan New Obimin Tablet untuk rawatan anemia pemakanan asal, kehamilan, bayi, atau kanak-kanak dan anemia tanpa berunding terlebih dahulu dengan doktor anda. Klik di sini dan lihat hasil kajian untuk mengetahui apa kegunaan biasa lain yang pesakit lain laporkan untuk New Obimin Tablet.
    • Berapa lama saya perlu menggunakan New Obimin Tablet sebelum saya nampak keadaan kesihatan saya bertambah baik?
      Pengguna laman web TabletWise.com telah melaporkan within 2 hours dan 1 hari sebagai masa yang paling biasa diperlukan ubat tersebut sebelum mereka melihat kesan perubahan pada keadaan mereka. Masa-masa ini mungkin tidak mencerminkan apa penyakit yang anda alami atau bagaimana anda perlu menggunakan ubat ini. Sila berunding dengan doktor anda untuk mengetahui berapa lama anda perlu makan New Obimin Tablet. Klik di sini dan lihat hasil kajian untuk mengetahui apa yang pesakit lain laporkan tentang masa keberkesanan untuk New Obimin Tablet.
    • Adakah saya perlu makan New Obimin Tablet ketika perut kosong, sebelum atau selepas makan?
      Menurut laporan pengguna laman web TabletWise.com secara kebiasaannya mereka memakan New Obimin Tablet pada selepas makan. Walau bagaimanapun, ini mungkin tidak mencerminkan bagaimana anda perlu mengambil ubat ini. Sila ikut nasihat doktor anda mengenai cara anda perlu makan ubat ini. Klik di sini dan lihat hasil kajian untuk mengetahui apa yang pesakit lain laporkan tentnag masa pengambilan New Obimin Tablet.
    • Adakah selamat untuk dimakan apabila perlu memandu atau mengendalikan jentera berat?
      Jika anda berasa mengantuk, pening, tekanan darah rendah atau sakit kepala sebagai kesan sampingan apabila makan New Obimin Tablet maka ia mungkin tidak selamat dimakan sebelum memandu kenderaan atau mengendalikan mesin jentera berat. Elakkan dari memandu kenderaan jika anda telah memakan ubat yang membuat anda mengantuk, pening atau merendahkan tekanan darah anda secara mendadak. Ahli farmasi juga menasihati agar tidak minum alkohol bersama dengan ubat-ubatan kerana alkohol akan menambah kesan sampingan mengantuk. Sila semak terlebih dahulu kesan-kesan sampingan yang boleh berlaku pada badan anda apabila menggunakan New Obimin Tablet. Sentiasa berunding dengan doktor anda untuk cadangan khusus berkaitan keadaan kesihatan anda.
    • Adakah produk ini menyebabkan ketagihan atau sesuatu tabiat lain?
      Kebanyakan ubat-ubatan tidak mempunyai potensi untuk ketagihan atau penyalahgunaan terhadapnya. Biasanya, kerajaan mengkategorikan ubat-ubatan yang boleh menyebabkan ketagihan sebagai bahan terkawal. Contohnya ubatan yang termasuk di dalam jadual H atau X di India dan jadual II-V di Amerika Syarikat. Sila rujuk pek produk untuk memastikan bahawa ubat itu tidak tergolong dalam pengkategorian khas seperti ubat-ubatan tersebut. Akhir sekali, jangan ambil ubat-ubatan tanpa mendapatkan nasihat doctor terlebih dahulu.
    • Bolehkah pemakanannya dihentikan serta-merta atau saya perlu mengurangkan penggunaan secara beransur-ansur?
      Sesetengah ubat perlu tidak boleh dihentikan serta-merta kerana boleh menyebabkan kesan pemulihan yang agak mendadak. Sila berunding dengan doktor anda untuk cadangan khusus berkaitan badan, kesihatan anda dan ubat-ubatan lain yang anda mungkin sedang gunakan.

    Maklumat penting yang lain berkaitan New Obimin Tablet

    Kurang satu dos

    Sekiranya anda tertinggal satu dos, ambil terus sebaik sahaja anda menyedarinya. Jika masanya sudah hampir dengan masa pengambilan dos seterusnya, abaikan dos yang tertinggal dan sambung semula jadual dos anda. Jangan ambil dos tambahan untuk menggantikan dos yang terlepas. Jika anda kerap terlupa dos, pertimbangkan untuk menetapkan penggera atau minta ahli keluarga untuk mengingatkan anda. Sila berjumpa dengan doktor untuk membincangkan perubahan dalam jadual dos atau jadual baru untuk menggantikan dos yang terlepas, jika anda telah terlepas terlalu banyak dos baru-baru ini.

    Terlebih dos New Obimin Tablet

    • Jangan mengambil lebih daripada dos yang ditetapkan. Mengambil lebih banyak ubat tidak akan meningkatkan gejala anda; sebaliknya mereka boleh menyebabkan keracunan atau kesan sampingan yang serius. Jika anda mengesyaki bahawa anda atau sesiapa sahaja yang mungkin telah menggunakan terlebih of New Obimin Tablet, sila pergi ke jabatan kecemasan hospital terdekat atau menyusu rumah. Bawa Peti ubat, bekas atau label dengan anda untuk membantu doktor dengan maklumat yang diperlukan.
    • Jangan bagi ubat anda pada orang lain walaupun anda mendapati mereka mengalami masalah kesihatan yang sama atau serupa dengan anda. Ini boleh menyebabkan terlebih dos.
    • Sila dapatkan khidmat nasihat doktor atau ahli farmasi atau rujuk pek produk untuk mendapatkan maklumat lanjut

    Cara penyimpanan New Obimin Tablet

    • Simpan ubat pada suhu balik, jauh dari haba dan cahaya. Jangan bekukan ubat kecuali jika perlu berbuat demikian sebagaimana yang tercatat pada pek di dalam. Simpan ubat jauh dari kanak-kanak dan haiwan peliharaan.
    • Jangan flush ubat ke dalam tandas atau menuangkannya ke dalam saliran kecuali diarahkan berbuat demikian. Pembuangan ubat dengan cara ini boleh mencemarkan alam sekitar. Sila rujuk kepada ahli farmasi atau doktor anda untuk maklumat lanjut mengenai bagaimana untuk membuangnya dengan selamat New Obimin Tablet.

    Tamat Tempoh New Obimin Tablet

    • Mengambil satu dos tunggal New Obimin Tablet yang telah tamat tempoh tidak mungkin akan menyebabkan kesan yang sangat buruk. Walau bagaimanapun, sila berbincang dengan pembekal kesihatan utama atau ahli farmasi anda untuk mendapatkan nasihat yang betul atau jika anda merasa kurang sihat atau sakit. Ubat yang telah tamat tempoh masih boleh berkesan dalam merawat keadaan yang dinyatakan. Untuk selamat, adalah penting untuk tidak mengambil ubat yang telah tamat tempoh. Jika anda mempunyai penyakit kronik yang memerlukan anda untuk mengambil ubat sentiasa seperti keadaan jantung, sawan, dan alahan yang boleh mengancam nyawa, sebaiknya anda menghubungi pembekal penjagaan kesihatan utama anda supaya anda sentiasa mempunyai bekalan ubat yang belum tamat tempoh.

    Maklumat dos

    Sila dapatkan khidmat nasihat doktor atau ahli farmasi atau rujuk pada pek produk.

    New Obimin Tablet - Pek dan Kekuatan

    New Obimin Tablet boleh didapati di dalam pek dan kekuatan berikut
    Pek New Obimin Tablet: Tablet in 100, 30 pack

    New Obimin Tablet - Penghasilan

    Ubat ini dihasilkan oleh syarikat berikut

    Credit to: Tablet Wise

    Mama Yanie 
    yanie.izwan@gmail.com

    Banyakkan Susu Badan Dengan ‘Power Pumping’. Ini Caranya Ibu Mesti Tahu

    “Minggu depan dah nak masuk kerja, belum buat stok susu anak lagi. Dah macam-macam milkbooster aku telan tapi setiap kali pam d...